Mazlan Bujang sertai Warisan?

Mazlan Bujang sertai Warisan?

JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang dijangka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Hal itu terbongkar selepas gambarnya dipaparkan seketika di skrin besar semasa Majlis Pelancaran Parti Warisan Johor, di Taman Sutera, di sini malam tadi.



Gambar yang hanya tertera untuk beberapa saat menunjukkan gambar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkenaan dengan jawatan yang tertulis sebagai Koordinator Johor.

Terdahulu, tampil berucap adalah dua Koordinator Johor iaitu Wong Siew Poh dan Datuk Datuk Sunther Subramaniam.

Kemudian sebelum Ketua Koordinator Johor, Suhaimi Salleh tampil berucap, skrin besar memaparkan gambar Mazlan beberapa saat, dipercayai akibat kesilapan teknikal.

Program berkenaan dihadiri Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berserta seramai kira-kira 1,000 ahli dan penyokong mereka.



Terdahulu, Mazlan mengumumkan beliau keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta bersama 23 individu lain termasuk yang memegang jawatan sebagai Ketua cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau sebelum ini.

Mazlan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini namun akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan mewujudkan kerajaan negeri stabil dan kepimpinan diyakini. Ini kerana dua kegagalan kepimpinan Menteri Besar terdahulu dilihat gagal mentadbir Johor,” katanya. Utusan

Mazlan Bujang sertai Warisan?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker