Pinda juga klausa lucut Ahli Parlimen – Azalina

Pinda juga klausa lucut Ahli Parlimen – Azalina

Peruntukan Perlembagaan yang membenarkan pelucutan Ahli Parlimen perlu dipinda bersama cadangan pindaan menyekat hak wakil rakyat berkenaan menyertai parti politik, kata bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina Othman Said, berkata cadangan sedia ada berhubung sekatan hak kebebasan berpersatuan dilihat memberi kuasa luas kepada kerajaan.



“Pindaan berhubung perkara itu tanpa mentakrifkan secara ketat undang-undang anti lompat terlalu luas dan berbahaya,” katanya.

Beliau mencadangkan undang-undang anti lompat seperti itu boleh dicabar atas alasan Perlembagaan. “Mengapa tidak pinda Perkara 48(6) pada Isnin ini bagi mengelak potensi krisis Perlembagaan pada masa depan,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Perkara 48 memperuntukan di mana Ahli Parlimen atau senator mungkin dilucutkan. Klausa 6 menghalang Ahli Parlimen atau senator yang meletak jawatan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, bermula tarikh peletakan jawatan.

Cadangan undang-undang anti lompat pula memperuntukan kuasa memecat Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meninggal parti selepas dipilih.



Sebelum ini, kerajaan berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan pada tarikh kemudian.

Awal hari ini, peguam New Sin Yew, berkata cadangan pindaan Perlembagaan mempunyai potensi memberikan kuasa penuh kepada kerajaan mengawal parti politik.

Beliau juga meminta pindaan kepada Perkara 48 berhubung hak melucutkan kelayakan Ahli Parlimen. FMT

Pinda juga klausa lucut Ahli Parlimen – Azalina




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker