AirAsia sedia khidmat teksi terbang mulai 2025

AirAsia sedia khidmat teksi terbang mulai 2025

Capital A Bhd melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan ‘teksi terbang’ atau seru pandu (ride hailing) udara.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata perkhidmatan seru pandu udara yang dijadual disediakan di Malaysia dan beberapa negara serantau lain bermula 2025 itu mampu memberikan penjimatan masa sehingga 60 peratus serta memberikan keselesaan kepada penumpang.



“Selamat, pantas dan paling penting ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat dilaksanakan kurang daripada 15 minit dengan kos sekitar AS$50 (RM210), bagi penerbangan berkapasiti empat penumpang.

“Perkhidmatan seru pandu udara AirAsia ini juga bakal mengubah ekosistem pengangkutan serantau. Ia bukan saja disasarkan untuk kegunaan penumpang, tetapi juga boleh digunakan bagi perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, Avolon, hari ini.

AirAsia menandatangani MoU tanpa ikatan dengan Avolon bagi memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat eVTOL VX4 untuk kegunaan perkhidmatan seru pandu udara.



Tony berkata, kerjasama AirAsia dan Avolon membuka potensi yang besar untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara.

Beliau berkata, kumpulan percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL sejajar dengan visi menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di ASEAN.

Katanya, revolusi industri perjalanan udara yang dilaksanakan AirAsia juga bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu serta pengukuhan ekosistem perniagaan di Malaysia serta negara serantau yang lain.

“Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap,” katanya.



Beliau menambah, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya, Avolon-e, juga akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara.

“Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM.

“Kami akan turut memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidup, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon,” katanya.

VX4 eVTOL adalah pesawat berkapasiti empat penumpang dan seorang juruterbang dengan kelajuan maksimum sehingga 200 batu sejam (mph), jarak penerbangan melebihi 160 kilometer, senyap, pelepasan operasi sifar dan kos rendah.
BH



AirAsia sedia khidmat teksi terbang mulai 2025


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri



Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker