Zahid bidas Muhyiddin, barangkali negara yang perlu pulihkan MPN

Zahid bidas Muhyiddin, barangkali negara yang perlu pulihkan MPN

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin kerana kekurangan idea untuk memulihkan ekonomi negara.

Katanya, sehingga kini Muhyidin yang mengetuai MPN belum membentangkan pelan besar untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 dan belenggu ekonomi.

“Saya tidak pasti sama ada MPN akan memulihkan negara kita atau barangkali negara sebenarnya yang perlu memulihkan MPN.

“Dalam hal ini (memulihkan ekonomi), mereka yang menggalas tanggungjawab untuk mengepalai MPN wajib melihat semua ini sebagai satu keperluan mendesak. Carilah idea besar untuk membawa keluar negara kita daripada belenggu ekonomi dan trauma pandemik. Berhentilah menyalahkan semua pihak,” katanya di Facebook.

Zahid membangkitkan perkara itu selepas melihat ekonomi negara jiran, Indonesia kembali pulih.

Katanya, baru-baru ini Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno, telah berkongsi di halaman Instagramnya petikan berita “Bye-Bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Sudah Pulih Duluan” yang dilaporkan portal Detik Finance 10 Feb lalu.

“Secara ringkasnya ia menunjukkan Indonesia sudah keluar daripada belenggu kelembapan ekonomi dan berada dalam jajaran kedudukan sebelum pandemik.

“Keadaan itu sekali gus meletakkan Indonesia sebagai negara Asia tenggara yang berikutnya menyusul langkah Singapura, Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat,” katanya

Beliau berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menjangkakan Indonesia bakal merekodkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ke-16 terbesar dunia berjumlah USD1.075 trilion setakat 2018, dan dijangkakan mencecah USD1.549 trilion menjelang 2023.

Katanya, kejayaan Indonesia bangkit itu disebabkan kerajaannya yang stabil dan kuat bagi membuat banyak keputusan besar dengan berkesan.

“Sebab itulah Umno sangat menitik beratkan kestabilan. Perkara ini tidak akan dapat dicapai kalau kita berada dalam situasi yang sentiasa diugut-ugut oleh pihak lawan,” katanya. FMT

Zahid bidas Muhyiddin, barangkali negara yang perlu pulihkan MPN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker