Wawa Zainal derita haid tak henti 2 bulan

Wawa Zainal derita haid tak henti 2 bulan

Dua bulan didatangi haid secara tidak terkawal membuatkan pelakon Wawa Zainal mengambil keputusan untuk membuang alat mencegah kehamilan atau implan yang dipasangnya sebelum ini.

Menurut Wawa, disebabkan memasang alat tersebut selepas kelahiran bayi keempatnya November lepas, kitaran haidnya menjadi tidak stabil selain menyukarkan untuk melakukan kerja-kerja harian termasuk ibadah.



“Saya pasang implan sebelum ini untuk rancang tempoh kehamilan.

“Tapi lain pula jadinya apabila dua bulan hadi datang tak henti-henti selepas pasang alat itu. Dua bulan period (kitaran) haid saya tak henti-henti.

“Jadi saya rasakan lebih baik buang semula benda itu (implan). Kalau ikut nasihat doktor kena tunggu tiga bulan baru boleh buang, tapi sebab tak tahan saya ambil keputusan buang saja,” katanya.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas membuang alat tersebut selain tidak menolak jika dikurnikan cahaya mata kelima dalam masa terdekat.



“Jika diberikan rezeki untuk ada anak lagi, saya tak menolak. Sekarang implan pun sudah dibuang, jadi kami suami isteri sendirilah yang rancang kini,” katanya.

Terdahulu Wawa berkongsi masalah yang dihadapinya dalam InstaStory dan menerima pelbagai respons daripada pengikut mengenai pemasangan alat pencegahan hamil tersebut.

Untuk rekod, Wawa dan Ariel Zafrel bernikah pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurnikan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam yang kini berusia tiga bulan. K Online

Wawa Zainal derita haid tak henti 2 bulan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker