Tajuk berita TV3 diedit untuk burukkan PM

Tajuk berita TV3 diedit untuk burukkan PM

Pejabat Perdana Menteri malam ini menafikan penyebaran tular gambar edit konon Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada hari raya jika tidak dapat dos penggalak.

Menurut sumber, gambar berkenaan sengaja disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dan masa disebarkan pula ketika beliau sedang berada di Brunei untuk lawatan rasmi negara.

“Gambar itu tidak betul dan nampak amat jelas telah diedit sebegitu rupa kononnya Perdana Menteri ada berkata ayat ‘pelik’ yang sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tinjauan mendapati gambar tersebut tular diperkatakan warganet sejak petang dan sengaja diperbesarkan kumpulan tertentu yang antikerajaan bagi menghasut pengguna media sosial.

Bagaimanapun semakan Utusan Malaysia mendapati, gambar daripada slot Buletin Utama TV3 itu disunting dengan diberi tajuk sensasi ‘Tiada Booster, Tiada Bazar, Tiada Berhariraya’.

Sebaliknya, tajuk pada gambar asal yang disiarkan stesen televisyen swasta berkenaan pada pukul 8 malam Ahad lalu ialah ‘Bazar Ramadan Boleh Beroperasi Sepenuhnya Tahun Ini.’

Berita itu merujuk sidang akhbar Ismail Sabri ketika menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia anjuran sebuah persatuan di Kuala Lumpur. Utusan

Tajuk berita TV3 diedit untuk burukkan PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker