Lalitha tiada kredibiliti untuk jadi ‘wartawan penyiasat’ – Azam
Lalitha tiada kredibiliti untuk jadi ‘wartawan penyiasat’ – Azam
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendakwa pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam tidak mempunyai kredibiliti dan tidak boleh dipercayai untuk dianggap sebagai “wartawan penyiasat”.
Azam membuat dakwaan itu dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan Lalitha terhadap saman fitnah yang difailkan terhadap artikelnya berhubung pemilikan saham Azam dalam syarikat tersenarai awam.
Menurut salinan jawapan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Azam berkata pernyataan pembelaan Lalitha menunjukkan perkara itu, di mana dia menafikan alamat penyampaian dokumen mahkamahnya adalah di pejabat NGO Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4).
Terdahulu, seorang pegawai SPRM memfailkan laporan polis berhubung dakwaan Lalitha berbohong kepada mahkamah dalam pernyataan pembelaannya, berkaitan status pekerjaannya sebagai penyelidik di C4.
Namun polis telah mengklasifikasikan laporan itu sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).
Dalam jawapannya, Azam berkata “tidak masuk akal” untuk Lalitha menafikan alamat penyampaiannya sedangkan pernyataan pembelaannya menyatakan dia mempunyai kontrak pekerjaan dengan C4.
Azam mendakwa C4 sendiri telah menafikan Lalitha mempunyai sebarang perkaitan dengan mereka.
Sebelum ini, C4 dalam kenyataan berkata Lalitha tidak lagi menjadi kakitangan mereka sejak Disember 2020.
“Berdasarkan kepada yang di atas, jelas membuktikan yang defendan adalah seorang yang, antara lain, tidak mempunyai kredibiliti yang baik, tidak boleh dipercayai, sering berdolak dalih, mengelirukan, tidak telus dan tidak layak menggelarkan dirinya sebagai seorang wartawan penyiasat,” kata Azam.
Menerusi pernyataan pembelaannya, Lalitha membangkitkan pembelaan justifikasi, di mana dia sedia membuktikan kandungan artikelnya di mahkamah.
Dalam saman sivil untuk fitnah, justifikasi ialah pembelaan bahawa kenyataan atau dakwaan itu adalah benar, dan jika terbukti berjaya di mahkamah, akan bertindak sebagai pembelaan mutlak terhadap tindakan undang-undang. Mk
Lalitha tiada kredibiliti untuk jadi ‘wartawan penyiasat’ – Azam
Baca Artikel Menarik:
- Belajarlah dari Nik Abduh – Armand
- Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain
- Muller dikecam jual mani kuda
- Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok
- Dah Kenapa Orang Batu Pahat Perambat Bang Non!!!
- Itu Zakar Dia La – Mesej Aaron Aziz Kepada Isteri
- Kem Sri Banding, Gerik diceroboh
- Najib menghadap TMJ, isteri
- Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar
- Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
- Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET