Ketua Hakim Syarie mohon penghakiman ingkar RM30 juta terhadap Lokman
Ketua Hakim Syarie mohon penghakiman ingkar RM30 juta terhadap Lokman
Ketua Hakim Syarie Mohd Na’im Mokhtar yang menyaman bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam atas kenyataan berunsur fitnah berhubung kes gangguan seksual, memfailkan permohonan penghakiman ingkar berjumlah RM30 juta.
Ini kerana Lokman gagal memfailkan pembelaannya walaupun Mahkamah Tinggi melanjutkan tempoh akhir sehingga Jumaat lepas.
Na’im menuntut RM10 juta setiap satu bagi ganti rugi teladan, teruk dan punitif beserta faedah 5% sehingga jumlah penghakiman dibayar.
FMT telah melihat permohonan yang difailkan menerusi Tetuan Akberdin & Co di pejabat pendaftaran semalam, dan peguam Na’im, Akberdin Abdul Kadir mengesahkan perkara itu.
Penghakiman ingkar berlaku apabila defendan dalam kes perundangan gagal menjawab saman mahkamah atau tidak hadir di mahkamah. Jika ini berlaku, mahkamah boleh membuat keputusan yang memihak kepada plaintif.
Pada 7 Feb, hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan peguam Lokman memfailkan pembelaannya selewat-lewatnya pada 11 Feb, dan Na’im memfailkan jawapannya, jika perlu, selewat-lewatnya pada 25 Feb.
Rozana turut melanjutkan injunksi ex parte yang diperoleh Na’im terhadap Lokman untuk menyekatnya daripada membuat komen dan untuk menghapuskan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut.
Mengekalkan status quo, hakim juga menetapkan 22 Mac bagi perbicaraan inter parte berhubung injunksi berkenaan.
Pada 19 Jan, Na’im memfailkan saman fitnah dan memohon injunksi interim terhadap Lokman, yang mendakwanya terbabit dalam beberapa kes gangguan seksual, termasuk kes di mana beliau dikatakan berbogel di dalam bilik tidur rumah seorang wanita.
Na’im berkata, Lokman mengeluarkan kenyataan bersifat menghina terhadapnya di Facebook dan YouTube.
Katanya, kenyataan tersebut membayangkan beliau seorang “oportunis rohani”, gagal menjadi pemimpin yang berwibawa atau menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, serta mencemarkan imej baik Jabatan Kehakiman Syariah.
Na’im membuat laporan polis pada 12 Jan untuk menafikan dakwaan wanita itu, yang dikatakan seorang “Datin”, dan terhadap Lokman atas penyiaran videonya. FMT
Ketua Hakim Syarie mohon penghakiman ingkar RM30 juta terhadap Lokman
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]
Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang