Keputusan permohonan wanita batal status peluk Islam sepihak 22 Mac

Keputusan permohonan seorang ejen insurans untuk membatalkan penukaran agamanya kepada Islam secara sepihak ketika dia masih kecil, akan diketahui pada 22 Mac ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh itu setelah mendengar penghujahan pasukan peguam wanita berusia 42 tahun itu, serta tiga responden yang dinamakan dalam semakan kehakiman yang difailkannya.

Responden tersebut adalah ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan Malaysia.

Hari ini hakim Noorin Badaruddin mendengar penghujahan peguam wanita itu Shamser Singh Thind; peguam Mais, Kamaruzaman Muhammad Arif dan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili ketua pengarah JPN dan kerajaan.

“Saya akan sampaikan keputusan saya pada 12 tengah hari, 22 Mac,” kata Noorin.

Katanya lagi, dia hanya akan menyampaikan keputusan ringkas pada tarikh tersebut, dan penghakiman penuh akan diberikan kemudian.

Wanita tersebut memfailkan semakan kehakimannya pada 17 Mac tahun lalu.

Ia selepas JPN didakwa enggan menggugurkan agama Islam daripada kad pengenalannya.

Menurut dokumen mahkamah, dia berkata bahawa bapanya secara sepihak mendaftarkannya sebagai seorang Muslim ketika dia berusia 10 tahun.

Dokumen yang difailkan di mahkamah itu mendakwa selepas memeluk Islam pada tahun itu, ayahnya telah mendaftarkannya sebagai seorang Muslim dengan nama baru di Jabatan Agama Islam Selangor.

Pemohon mendakwa ibunya seorang penganut ajaran Buddha tidak pernah memberikan kebenaran untuk dia menukar agama. Ibu bapanya bercerai pada tahun 1993.

Lahir di Singapura pada 1980, wanita itu, yang kini tinggal bersama ibunya di Kuala Lumpur, berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam dan dia menganut agama Buddha.

Dia mendakwa pada Ogos tahun lalu, seorang pegawai di pejabat JPN di Ipoh, Perak, menolak memproses permohonannya untuk kembali menggunakan nama asalnya bukan Islam dan menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Pegawai itu didakwa memintanya untuk mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah sebelum JPN dapat memproses permohonannya.

Setelah JPN dikatakan menolak untuk mematuhi surat tuntutan yang dikeluarkan oleh peguamnya, pasukan perundangan wanita itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman mengenai perkara berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada bulan November 2020.

Dia memohon beberapa pengisytiharan daripada mahkamah, antaranya adalah dia seorang penganut dan pengamal agama Buddha.

Dia memohon mahkamah mengeluarkan perintah mandamus (perintah dikeluarkan mahkamah kepada pegawai kerajaan untuk memenuhi tugas rasmi mereka) supaya mengarahkan ketua pengarah JPN untuk mengeluarkanMyKad baru dengan nama asalnya bukan Islam dan dengan menghapus perkataan agama Islam.

Dia memohon perintah mandamus untuk kerajaan Malaysia supaya memastikan ketua pengarah JPN mematuhi perintah mahkamah.

Dia juga memohon perintah mandamus supaya Mais menghapus namanya daripada Pendaftaran Muallaf (mualaf Muslim) dan juga untuk membatalkan kad masuk Islam yang dikeluarkan atas namanya bertarikh Oktober 1990.

Pada 25 Mac tahun lalu, di sebalik bantahan tiga responden, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepadanya untuk meneruskan semakan kehakiman.

Keputusan permohonan wanita batal status peluk Islam sepihak 22 Mac


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker