Kem Sri Banding, Gerik diceroboh

Tular beberapa klip video menunjukkan seekor gajah dipercayai mencari makanan dalam kem milik Angkatan Tentera Malaysia dan dilihat turut merosakkan peralatan di kawasan itu. (Gambar Facebook)

IPOH: Kerosakan pagar elektrik di Kem Sri Banding, Gerik dipercayai menjadi punca seekor gajah memasuki kawasan itu seperti yang tular menerusi rakaman video semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pencerobohan haiwan liar itu pada kira-kira pukul 3 petang.

“Punca gajah tersebut masuk mungkin disebabkan kerosakan pagar elektrik kem berkenaan.

“Pihak PERHILITAN Daerah Gerik akan membantu dan memberi nasihat kepada pihak kem bagi kerja-kerja baik pulih,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi dan turut menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan gajah berkenaan.



Tular beberapa klip video yang menunjukkan seekor gajah dipercayai mencari makanan dalam kem milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dilihat turut merosakkan peralatan di kawasan itu.

Yusoff berkata, pihak PERHILITAN percaya haiwan liar itu adalah gajah sama yang selalu pergi ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran Puncak Titiwangsa, Gerik untuk mencari makanan.

“Gajah ini sudah biasa dengan manusia dan biasa makan sisa buangan manusia,” katanya.

Kem Sri Banding, Gerik diceroboh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker