Jokowi gantikan motosikal baharu selepas dicuri pada hari pertama kerja

Jokowi gantikan motosikal baharu selepas dicuri pada hari pertama kerja

NASIB seorang penunggang teksi motosikal yang kehilangan kenderaannya pada hari pertama dia bekerja minggu lalu mendapat perhatian Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Ini selepas pemerintah nombor satu Indonesia itu menghadiahkan motosikal Honda Beat kepada Wahyu Novi Arini, penunggang teksi motosikal dari Gogor, Wiyung Surabaya, Jawa Timur.

Motosikal itu diserahkan Ketua Polis Kota Besar Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan yang mewakili Jokowi, hari ini.

“Alhamdulillah, Masya Allah, terima kasih Pak Jokowi, terima kasih Pak Polisi,” kata Novi, sambil menggendong buah hatinya yang paling kecil berusia lima bulan.

Lapor Kompas.com. wanita itu bersama suaminya akan menggunakan motosikal itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Nanti saya akan gunakannya untuk bekerja lagi. Ini kerena motosikalnya memang cuma satu itu saja. Alhamdulillah,” tambah Novi.

Sementara itu, Yusep berkata, beliau hadir membawa amanah dari Jokowi.

“Terima kasih Pak Presiden atas perhatiannya kepada penduduk sekitar kawasan ini. Semoga bantuan ini akan bermanfaat untuk beliau,” kata Yusep.

Selain motosikal, Jokowi turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penunggang teksi motosikal itu bagi melunaskan ansuran motosikal Novi yang hilang.

Mengenai jenayah curi motosikal di Surabaya, Yusep berjanji untuk menangkap pelakunya.

Motosikal Novi dicuri saat dia meletakkan kenderaan itu Pakuwon Trade Centre Surabaya Barat, Surabaya, Jawa Timur, Khamis lalu.

Padahal, ia merupakan hari pertama Novi bekerja sebagai penunggang teksi motosikal. Utv

Jokowi gantikan motosikal baharu selepas dicuri pada hari pertama kerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker