Enam rumah teres terbakar di Lipis

Enam rumah teres terbakar di Lipis

LIPIS: Enam buah rumah teres terbabit dalam kebakaran di Taman Pertama dekat Sungai Kerpan di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian tersebut menyebabkan dua rumah musnah 100 peratus.



Menurutnya, sebuah rumah lagi musnah kira-kira 60 peratus dan tiga lagi membabitkan kemusnahan enam peratus iaitu terbakar di bahagian siling.

“Pihak kita telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 12.01 tengah hari.

“Kekuatan logistik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dibantu BBP Sungai Koyan terdiri 17 pegawai bomba diketuai Penguasa Bomba, Shahrul Nizam Nasir dengan dua jentera pemadam bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan kecederaan.



“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya api dapat dikawal pada jam 1.09 tengah hari dan dipadam pada jam 3.44 petang.-SH

Enam rumah teres terbakar di Lipis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker