Kenapa ada orang tak dijangkiti Covid-19?

Kenapa ada orang tak dijangkiti Covid-19?

Beberapa penyelidikan baru mencadangkan bahawa orang tertentu mungkin lebih berdaya tahan terhadap jangkitan berbanding orang lain.

Tiada alasan kukuh yang boleh membuktikan seseorang itu kalis jangkitan Covid-19, walaupun mereka terdedah dengan virus itu, termasuk kerana menjadi kontak rapat.

Namun, penyelidikan terbaharu yang dijalankan Universiti Kolej London (UCL) boleh merungkai persoalan ini.



Ia mencadangkan sesetengah orang tidak dijangkiti Covid-19 mungkin disebabkan tindak balas sel-T iaitu sel darah putih dalam tubuh yang membantu melawan jangkitan.

Ini ditambah pula kepada pendedahan terdahulu bahawa Covid-19 sama seperti selesema.

Penyelidikan sejak November tahun lalu itu mencadangkan sel-T ‘memori’ yang mungkin terhasil pada sesetengah orang ketika melawan selesema diaktifkan apabila virus Covid-19 memasuki tubuh.

Keadaan ini berupaya ‘membersihkan’ virus daripada badan sebelum berpeluang menyebabkan sebarang kerosakan pada tubuh.



Ini bermakna virus tidak kekal lama dalam badan sehingga menyebabkan sebarang gejala atau mencipta antibodi membolehkan ujian calitan menjadi negatif.

Setiap orang mempunyai bukti bagaimana dia terdedah kepada virus itu tetapi tidak terkesan, kata Pakar Imunologi UCL, Leo Swadling.

Individu ini berjaya mengelakkan daripada jangkitan sepenuhnya dengan cara ‘membersihkan’ virus itu secara semula jadi sebelum ia dapat dikesan oleh ujian rutin.

Kajian itu dijalankan terhadap 731 pekerja penjagaan kesihatan ketika gelombang pertama pandemik dan keputusan menunjukkan 58 pekerja tidak dijangkiti Covid-19, walaupun berada dalam persekitaran berisiko tinggi.



Bagaimanapun, kajian menunjukkan mereka mengalami peningkatan dalam aktiviti sel-T, selain mungkin sudah mempunyai sel-T ‘memori’ yang ‘membersihkan’ jangkitan Covid-19.

Keadaan ini membolehkan kajian digunakan untuk mencipta vaksin baharu yang menyasarkan sel-T berbanding respons kepada antibodi yang boleh memberi ketahanan lebih lama. HM

Kenapa ada orang tak dijangkiti Covid-19?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker