Buaya 4.8 meter ditangkap SCH


KOTA SAMARAHAN – Seekor buaya sepanjang 4.8 meter telah berjaya ditangkap oleh Samarahan Crocodile Hunter (SCH) di Sungai Batang Samarahan di sini hari ini.

Difahamkan pihak SHC telah memasang umpan ayam di lima lokasi berbeza sepanjang sungai tersebut sekitar pukul 11 pagi semalam.

Haiwan liar terbabit kemudiannya dipercayai telah memakan salah satu umpan yang dipasang di Sungai Meranek ketika kejadian air pasang tengah malam tadi sebelum operasi pencarian dimulakan sekitar pukul 11 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, pihak SCH hanya menemui petunjuk sekitar pukul 1 petang pada jarak lebih kurang empat kilometer dari lokasi mata kail dipasang.

Menurut penaung SCH, Datuk Idris Buang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, misi membawa buaya terbabit ke daratan telah berlarutan sehingga pukul 4 petang disebabkan masalah kekurangan peralatan yang sesuai.

“Ada kemungkinan besar bahawa buaya gergasi ini merupakan suspek yang dikaitkan dengan kes kehilangan dua anggota warga Samarahan dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Buaya ini adalah tangkapan yang ke-11 dan boleh dikatakan yang terbesar sekali pernah kami tangkap,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi hari ini.

Katanya lagi, operasi penangkapan buaya akan diteruskan sehingga Jumaat bagi mengesan haiwan pemangsa di sekitar sungai terbabit. K Online

Buaya dan Pekebun Sama – Sama Terkejut Dalam Kebun Sawit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker