Washington lulus jualan jet pejuang F-15 kepada Indonesia

Cadangan jualan pesawat pejuang F-15 adalah susulan daripada lawatan kerja Blinken ke Jakarta pada Disember tahun lalu. – BAE Systems

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meluluskan penjualan jet pejuang F-15 bernilai AS$13.9 bilion (RM58.2 bilion) kepada Indonesia, yang turut merangkumi enjin serta peralatan berkaitan termasuk senjata api dan sistem komunikasi, lapor stesen penyiaran Al-Jazeera semalam.

Persetujuan jualan itu adalah susulan lawatan kerja Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke Jakarta pada Disember tahun lalu.

“Cadangan jualan ini akan menyokong matlamat polisi luar dan objektif keselamatan negara AS dengan meningkatkan keselamatan rakan serantau bagi menjamin kestabilan politik dan perkembangan ekonomi di rantau Asia Pasifik.

“Ia juga penting kepada kepentingan nasional AS untuk membantu Indonesia dalam membangunkan dan mengekalkan keupayaan pertahanan negara yang kukuh dan berkesan,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.



Dalam pada itu, selain AS, Indonesia terus mempertingkatkan armada tentera udaranya dengan turut menempah jet pejuang dari Perancis.

Menteri Pertahanannya, Prabowo Subianto mengumumkan permeteraian perjanjian untuk membeli 42 buah jet pejuang Rafale dari negara itu.

Sementara Kementerian Pertahanan Perancis pula mengumumkan bahawa kontrak jual beli bagi 42 pesawat pejuang dan senjatanya itu adalah bernilai AS$8.1 bilion (RM33.9 bilion). – AGENSI


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker