200 sneaker Louis Vuitton, Air Force 1 dilelong RM105 juta

Koleksi edisi terhad sneaker ini direka oleh Abloh untuk koleksi Musim Bunga-Panas 2022 Louis Vuitton. – Sotheby’s

BANDAR RAYA NEW YORK – Firma lelongan, Sotheby’s, mengumumkan menjual sebanyak 200 pasang sneaker edisi terhad Louis Vuitton dan Air Force 1 oleh Nike pada harga rekod baharu berjumlah AS$25.3 juta (RM105.9 juta), lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Koleksi sneaker tersebut direka oleh mantan Pengarah Seni bagi pakaian lelaki Louis Vuitton, mendiang Virgil Abloh bagi koleksi Musim Bunga-Panas 2022 jenama mewah itu.

Sotheby’s berkata, harga jualan terkumpul itu adalah lapan kali ganda melebihi jangkaan awal iaitu AS$3 juta (RM12.6 juta).

Firma itu turut memaklumkan bahawa ia telah menerima sejumlah 10,000 bidaan, dengan 40 peratus daripadanya adalah pembida dari Asia. Lebih dua pertiga daripada pembida pula berusia bawah 40 tahun.

“Penyertaan global yang diterima dalam acara lelongan ini membuktikan warisan Abloh sebagai antara artis seni dan pereka paling berwawasan bagi generasinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sotheby’s, Charles F. Stewart.

Hasil lelongan itu akan disalurkan kepada Dana Biasiswa Virgil Abloh ‘Post-Modern’ iaitu sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk menyokong pendidikan pelajar cemerlang berketurunan kulit hitam, Afrika Amerika dan Afrika. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker