Minat gadis sama, pelajar retak kepala dipukul senior

Minat gadis sama, pelajar retak kepala dipukul senior

Gara-gara meminati pelajar perempuan sama di sebuah sekolah menengah di Gua Musang, Kelantan, seorang pelajar lelaki dipukul oleh pelajar senior sehingga retak tempurung kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian 11.15 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga pelajar Tingkatan 4 sekolah itu berada di luar kelas.



Katanya, mangsa didatangi lima pelajar Tingkatan 5 yang terus memukul bahagian badannya secara beramai-ramai sebelum seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan batu sehingga menyebabkan bahagian kiri tempurung kepalanya retak.

“Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas yang lalu di situ.

“Selain cedera di kepala, mangsa turut bengkak di beberapa bahagian anggota badan seperti tangan kanan dan kiri, belakang badan dan lenguh di kaki,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sik berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dimasukkan ke wad untuk menjalani rawatan susulan.



Beliau berkata, punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek kerana mereka meminati pelajar perempuan yang sama.

“Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya selain memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. FMT

Minat gadis sama, pelajar retak kepala dipukul senior


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker