Lelaki tular mengamuk, maki pengguna jalan raya di lampu isyarat

Lelaki itu dilihat keluar dari kereta Perodua Alza dipandunya sebelum bertindak memaki hamun beberapa pengguna jalan raya namun tidak mencederakan mana-mana individu di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centrepoint Seremban.

SEREMBAN- Polis telah mengenal pasti lelaki yang dirakam dalam sebuah video tular yang didakwa secara tiba-tiba mengamuk dan memaki pengguna jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centrepoint Seremban di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berkenaan telah hadir di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada pagi Jumaat bagi membantu siasatan.

“Pihak polis mengesan lelaki itu selepas video berkenaan tular di media sosial Facebook sejak Khamis.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.



Pada Khamis, tular sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat yang memaparkan tindakan lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Alza telah menghentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Lelaki itu dilihat keluar dari kenderaannya dan bertindak memaki hamun beberapa pengguna jalan raya namun tidak mencederakan mana-mana individu mahupun kenderaan lain sebelum menaiki kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.

Lelaki tular mengamuk, maki pengguna jalan raya di lampu isyarat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker