Ular Dalam Pesawat Airasia, Dah Macam Dalam Filem Hollywood (Video)

Ular Dalam Pesawat Airasia, Dah Macam Dalam Filem Hollywood (Video)

Siapa je tak tengok filem Hollywood Snakes On A Plane? Kalau korang tengok, mesti tahu betapa serammnya kalau kejadian dalam cerita tu terjadi pada diri kita.

Baru-baru n, viral video ada ular di dalam pesawat penerbangan domestik AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah sehingga menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.



Ular sedang menyusur dalam lampu pesawat
@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music – Sound Collective
Melalui perkongsian video dari TikTok @edal8808, pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak.

Ular yang dirakam kelihatan sedang menyusur dalam lampu pesawat. Nasib baik dalam lampu, kan? Kalau bawah kerusi atau dalam tandas, mesti kecoh satu pesawat.

Ramai netizen yang komen di ruangan video tersebut dan menyatakan mereka juga ada di dalam pesawat tersebut. Ada yang ingat pendaratan dilakukan sebab cuaca buruk dan hujan lebat tapi sebenarnya kerana seekor ular.

Ada juga yang terkejut melihat bomba tunggu di depan pintu kapal.



Rata-rata yang komen terkejut dan teringat akan filem Hollywood yang bertajuk Snakes On A Plane.



Syukur semuanya selamat. Nasib baik juga hanya seekor saja ular yang ada dalam pesawat tu. Kalau banyak, mahu terkejut semua penumpang! OM

Ular Dalam Pesawat Airasia, Dah Macam Dalam Filem Hollywood (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker