Hail Amir bersyukur diiktiraf semasa masih bernyawa

Hail Amir bersyukur diiktiraf semasa masih bernyawa

PENYANYI dan pelakon terkenal era 70-an, Datuk Hail Amir menzahirkan rasa terharu dan gembira atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Hail merupakan antara peneriman PMW yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.



“Saya sifatkan penghargaan ini sebagai satu anugerah yang amat bermakna sepanjang 50 tahun melibatkan diri dalam dunia seni.

“Syukur pingat kebesaran itu dianugerahkan kepada saya sewaktu masih bernyawa.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih meminati dan tidak meminggirkan saya,” katanya bapa kepada empat cahaya mata ini.

Hail,74, popular menerusi lagu Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Merpati Dua Sejoli, Kabus dan Tanda Kasih.



Selain menyanyi, Hail yang berasal dari Pulau Pinang itu juga turut pernah membintangi filem Jiwa Remaja bersama dengan Datuk Yusof Haslam dan Uji Rashid.

Bermula dari situ, karier lakonannya semakin melonjak naik dan turut ditawarkan berlakon dalam filem Menanti Hari Esok, Ribut Barat, Anita Dunia Ajaib, Cinta Dan Lagu. Utv

Hail Amir dianugerahkan gelaran Datuk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker