Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara ditahan SPRM

Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000.

Sumber berkata, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam.

Menurutnya, individu terbabit termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam syarikat, sedangkan program pada 2020 itu tidak dilaksanakan.

“Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok (hari ini) untuk permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Bekas pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara ditahan SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker