Terkejut Lebah Berkampung Dalam Topi Keledar

Terkejut Lebah Berkampung Dalam Topi Keledar

Alor Gajah: Pekerja kilang di sini nyaris disengat lebah hutan yang hinggap di dalam topi keledarnya petang sabtu semalam.

Pegawai keselamatan kilang, Bakri Hamdin, 55, berkata, sebaik dimaklumkan kejadian, dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah untuk memusnahkan lebah itu.

“Mujur dia tidak terus sarung topi keledar itu, jika tidak mungkin cedera disengat lebah. Terima kasih kepada anggota APM yang menghalau lebah terbabit,” katanya dihubungi di sini.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jam 4.30 petang.

Beliau berkata, anggota APM mengalihkan topi keledar itu ke kawasan selamat sebelum menghalau lebah dengan asap dan operasi selesai 5.15 petang.

“Kejadian ini memang unik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar. Kebiasaannya anggota kami banyak mengendalikan kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok dan rumah penduduk,” katanya ketika dihubungi.-HM

Terkejut Lebah Berkampung Dalam Topi Keledar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker