KJ kata tutup sekolah langkah terakhir

PUTRAJAYA – Penutupan sekolah adalah langkah terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan semakin buruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada jangkitan kategori empat dan lima dalam kalangan pelajar yang dijangkiti Covid-19.

“Penutupan sekolah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sama ada intelek dan sahsiah diri pelajar,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin.

Menurutnya, penilaian risiko akan dilaksanakan di sekolah.



“Mereka yang positif jangan datang ke sekolah, kelas yang mempunyai kes positif akan ditutup sementara,” katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk pelajar kembali berada di rumah merupakan langkah terkebelakang.

“Dengan adanya 90 peratus daripada remaja kita sudah divaksinasi, lebih 90 peratus guru sudah divaksinasi dan selepas ini kanak-kanak juga divaksinasi, apa lagi yang boleh kita lakukan?” katanya.

Khairy berkata, peningkatan kluster pendidikan disumbangkan oleh pelajar di sekolah berasrama.



“Pelajar apabila kembali ke asrama, pematuhan terhadap SOP adalah rendah termasuk tidak memakai pelitup muka atau menjaga kebersihan selain isu pengudaraan,” katanya.

Ujarnya, KKM akan berbincang dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menambah baik SOP asrama.

“Setakat ini jangkitan masih boleh ditangani dengan baik,” katanya.

Pada minggu epidemiologi ke-lima (ME ke-5), sebanyak 52 daripada 89 kluster baharu adalah dikenalpasti sebagai kluster pendidikan.



KJ kata tutup sekolah langkah terakhir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker