Tempoh selang masa 10 hari untuk umrah kedua

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan tempoh selang masa selama 10 hari untuk pengeluaran permit antara dua umrah melibatkan kesemua kumpulan umur jemaah.

Menerusi kenyataan di Twitter, Saudi Gazette memetik kenyataan kementerian tersebut melaporkan jemaah boleh membuat tempahan untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna selepas tempoh 10 hari umrah pertama berakhir.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas ia kembali melaksanakan langkah berjaga-jaga dan protokol kesihatan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram, Makkah serta Masjid Nabawi, Madinah susulan lonjakan kes jangkitan terutamanya penularan varian Omicron yang semakin meningkat.

Sebelum ini, tempoh selang masa selama 15 hari ditetapkan antara dua umrah, namun ia dibatalkan pada Oktober lalu setelah ia melonggarkan sekatan Covid-19 termasuk membenarkan had kapasiti penuh untuk jemaah berusia 12 tahun ke atas menunaikan solat di kedua-dua masjid suci dan menziarahi Raudhah di Masjid Nabawi. – Agensi

Tempoh selang masa 10 hari untuk umrah kedua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wajar tangguh umrah, rebut pahala bantu mangsa banjir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker