Aliff Syukri bakal bergelar Haji, bakal tunaikan rukun Islam kelima bersama anak sulung

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, memaklumkan akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, beliau berkata, ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke tanah suci itu selepas 15 tahun.

“Akhirnya Allah memanggil ke tanah suci, semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik,” katanya hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan sensasi itu mendoakan agar urusannya dipermudah ketika menjalani ibadah haji nanti.

“Alhamdulillah, selamat menjalankan ibadah haji. Semoga menjadi haji yang mabrur,” komen Cikepal.

“Selamat pergi dan balik datuk. Semoga dapat haji yang mambrur,” komen Anna.

Perkongsian itu menjadi tular di Instagram sehingga meraih tanda suka sebanyak 32,833 dan melebihi 600 komen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker