SKMM nafi halang akses, padam TikTok Sanusi

Sanusi kena tanya TikTok kenapa bukan salahkan kerajaan.

SKMM nafi halang akses, padam TikTok Sanusi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

SKMM dalam kenyataan berkata, platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.



“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.

“SKMM meneliti kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang menuduh Kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau. SKMM mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi Md Nor bengang apabila akaun TikToknya disekat, semalam, malah menyifatkan ia sebagai usaha menghalang kemaraannya berkempen secara maya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Kedah itu mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial popular miliknya itu bagi memudahkannya mendekati rakyat, khususnya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.



“TikTok (saya) tak dak dah la malam ni (sebab) kena padam. (Ada) 5.2 juta ‘like’ habis (hilang), pengikut pun juta jugak, nak buat lain kena cari seorang demi seorang lambat.

“Kalau mereka betul anak jantan, pulangkan TikTok saya,” katanya dalam satu ceramah di Baling, malam tadi, menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok lain dan tular hari ini. HM

SKMM nafi halang akses, padam TikTok Sanusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker