PRN Johor : Calon MCA tanding di DUN Johor Jaya
PRN Johor : Calon MCA tanding di DUN Johor Jaya
PASIR GUDANG: Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi meletakkan MCA untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon MCA dijangka menentang calon DAP sekali gus menyaksikan pertembungan tradisi antara kedua-dua parti tersebut.
“Buat apa kita (orang Melayu) berpecah dan hidup susah, kalau kita pecah tiada siapa pandang kita. (Dalam PRN Johor nanti) banyak sangat parti, bila mereka (parti bukan BN) menang akan buat tak tahu sahaja (tidak ambil peduli masalah kawasan).
“Hanya BN yang boleh beri jaminan, bantuan, panduan dan naungan. Jadi bulatkan tekad dan tentukan BN menang. Kalau MCA menang akan beri khidmat kepada kita dan bukan semata-mata menang kerusi,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata demikian ketika berucap dalam majlis pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Molek Harmoni di Taman Desa Harmoni di sini pada malam Sabtu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon MCA, Datuk Tan Cher Puk yang bertanding kerusi DUN Johor Jaya atas tiket BN tewas kepada calon DAP, Liow Cai Tung dengan 15,565 majoriti undi.
Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pengundi perlu faham mengapa PRN tersebut diadakan iaitu mahu mengukuhkan kerajaan negeri yang merupakan asas penting sesebuah negeri atau negara.
Bekas Menteri Besar Johor itu mendakwa, jika kerajaan negeri tidak stabil, rakyat dilihat tidak ada masa depan dan terumbang-ambing.
Menurutnya, mereka perlu mengundi BN yang mampu memberikan kestabilan apatah lagi UMNO adalah parti teras dan parti akar umbi dalam gabungan tersebut, tidak seperti gabungan lain.
“Cuba beritahu saya, dalam PN (Perikatan Nasional) siapa parti teras, tiadakan? UMNO adalah parti akar umbi dan sebab itu bila kalah dalam PRU14, UMNO masih ada sehingga kini.
“Malah walaupun kalah dalam PRU14, kita terus menjaga kebajikan masyarakat dengan terus memberikan bantuan. Kita jangan jadi seperti PRU14 yang mengundi berdasarkan emosi dan persepsi,” katanya.-SH
PRN Johor : Calon MCA tanding di DUN Johor Jaya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.