Pengantin dihadiahkan penyapu, mop ketika bersanding

Pengantin dihadiahkan penyapu, mop ketika bersanding

Johor Bahru: “Nampak memang lucu bila kawan bagi hadiah penyapu dekat atas pelamin tapi bila fikir balik semua adalah kenangan gembira dan tidak akan dilupakan,” kata Mohamad Hamirul Abd Hamid, 25.

Itu reaksi Mohamad Hamirul selepas rakaman persandingannya bersama pasangan, Nurul Safika Abu Zamar, 25, mendapat perhatian di media sosial disebabkan rakan-rakannya memberikan hadiah perkahwinan yang jarang diberikan secara terus kepada pengantin di atas pelamin ketika majlis persandingannya di Pasir Gudang, di sini, 23 Januari lalu.

Perkongsian yang dimuat naik rakannya di aplikasi TikTok itu turut mendapat perhatian di platform media sosial lain dan meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini.



Lebih menarik perhatian apabila Mohamad Hamirul menerima hadiah itu dengan riak wajah yang begitu gembira biarpun hadiah diterima bukanlah barangan yang mahal.

Katanya, antara hadiah perkahwinan yang diberikan termasuklah penyodok, mop, gayung, pencuci pinggan, mangga kunci, penyangkut baju, beras dan beberapa barangan dapur lain.

“Saya memang tidak tahu mereka (rakan Hamirul) merancang beri hadiah itu. Isteri dan keluarga juga ketawa saja dan anggap kejutan mereka itu tanda ikatan persahabatan kami semua,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia dan isteri juga terkejut apabila dimaklumkan rakaman ketika majlis persandingannya itu tular di media sosial.



“Saya terkejut dan tidak pernah tahu pula ia dirakam dan dimuat naik kelmarin di TikTok kerana saya tiada akaun.

“Dapat tahu viral apabila ramai tag nama saya di Instagram tetapi apa pun saya anggap ia positif dan mungkin juga boleh jadi idea hadiah kahwin untuk orang lain,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Menurutnya, dia menghargai semua hadiah perkahwinan yang diberikan rakannya.

“Gembira bila rakan rancang untuk kita, itu maknanya mereka ingat dan hargai kita sebagai sahabat. Persahabatan bukanlah terletak pada harga (barangan). Saya juga ucap terima kasih kepada rakan kerana rancang detik itu pada persandingan saya,” katanya. HM



Pengantin dihadiahkan penyapu, mop ketika bersanding


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker