[VIDEO] “Sakit ‘Struggle’ Sangat!”- Elyana Sebak Kerana Orang Salah Anggap

Tak semua perkara kita boleh kongsikan kepada orang di luar sana. Namun sesetengah orang sering menilai keperibadian orang lain melalui apa yang mereka lihat di media sosial.

Selagi mereka tidak nampak dengan mata mereka sendiri, selagi itulah mereka tidak percaya. Itulah dilema yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon Elyana.

Seperti mana yang kita ketahui, Elyana kini menghidapi kanser limfoma sejak 10 tahun dahulu. Kerana tidak pernah berkongsi kesakitan yang dialaminya di media sosial, ada yang tergamak menuduhnya menipu.

“Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun”

“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf!”-

“Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.

Sakit ni bukan main main. Ada sesetengah orang,  selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya.” katanya menerusi temubual bersama MHI (Malaysia Hari Ini)

“Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka”

Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya pada orang di luar kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan meminta simpati.

“Tapi saya minta maaf awal-awal , saya takkan tunjuk sakit depan kamera. Saya seorang penghibur, saya nak menghiburkan orang, saya bukan nak orang simpati pada saya.

Saya cuma nak doa orang-orang luar sana untuk saya. Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka”- katanya.

“Sebenarnya sakit, saya struggle sangat!. Macam pesakit kanser lain juga”

Dalam temubual tersebut, Elyana dan pengacara tidak dapat menahan sebab sehinggakan mengalir air mata. Elyana berkata, betapa kesakitan itu dia sendiri pun tidak dapat menggambarkan walaupun dia yang sedang merasakannya.

“Tapi, di belakang kamera , saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat!. Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.

Saya dah tahap yang kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya taknak fikir yang saya sakit, ia akan menyakitkan saya lagi.

Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat”- katanya mengakhiri perbualan.

Foto: Instagram Elyana

Terdahulu, Elyana telah membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, 1 tahun-Murai.my

VIDEO

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_rx5KK4S5zI[/embedyt]

Kanser Elyana hampiri tahap lima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker