Sanggup berhenti kerja ternak lobster

Sanggup berhenti kerja ternak lobster

BALIK PULAU – Keputusan meninggalkan kerjaya yang stabil empat tahun lalu demi minat yang mendalam dalam bidang ternakan udang kara air tawar ternyata membuahkan hasil yang lumayan buat Mohd. Syafirul Abdullah, 39.

Bermula daripada hanya ternakan di rumah, kini bekas juruteknik elektrik itu boleh menarik nafas lega apabila dia mampu mengusahakan Ladang Pembenihan Lobster Air Tawar, di Pulau Betong di sini, sejak awal tahun ini.



Ladang ternakan itu turut disenaraikan sebagai lokasi Agro Tourism Balik Pulau.

Mohd. Syafirul berkata, ketika ini, dia hanya memberikan fokus kepada pengeluaran benih udang kara atau lebih dikenali sebagai lobster air tawar dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Saya usahakan ternakan ini bersama isteri, Nor Diana Mokhtar, 38. Saya memiliki kira-kira 2,000 benih udang kara yang siap untuk dijual kepada penternak.

“Harga yang ditawarkan pula mengikut saiz iaitu RM1 untuk benih bersaiz satu inci dan RM2 untuk benih sebesar dua inci,” katanya di Ladang Pembenihan Lobster Air Tawar Pulau Betong di sini semalam.



Menurutnya, sebelum memberikan fokus kepada penternakan benih udang kara itu, dia pernah menjual induk lobster di rumah sekitar tahun 2019.

“Sambutan orang ramai terhadap induk lobster amat menggalakan. Ketika itu saya mempunyai kira-kira 500 ekor induk dan kesemuanya habis dijual dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Secara kasar saya memperoleh kira-kira RM1,000 dalam tempoh tiga hari sahaja kerana ramai yang mahu menternak haiwan air tawar ini,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata, pada tahun ini, dia merancang untuk menternak induk dan benih lobster memandangkan permintaan tinggi terhadap lobster air tawar itu.



“Sekarang benih lobster di­biak di dalam tangki air polivinil klorida (PVC) dan selepas ini saya akan membiak induk di dalam tujuh buah kolam di atas tanah pula.

“Tujuh buah kolam ini sedang dalam pembinaan dan selepas siap ia dapat memenuhi permintaan orang ramai yang mahu merasa sendiri keenakan lobster air tawar ini,” katanya.

Lobster mendapat permintaan tinggi terutama daripada pe­ngusaha restoran makanan laut yang sering menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Harganya pula boleh mence­cah sehingga RM100 sekilogram bergantung kepada saiz.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan benih lobster air tawar atau maklumat lanjut mengenai ladang itu boleh melayari akaun Facebook, Pulau Betong Lobster Farm. K Online



Sanggup berhenti kerja ternak lobster


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker