Lelaki lalok potong kemaluan sendiri

Lelaki lalok potong kemaluan sendiri

SEORANG lelaki berusia 23 tahun di Thailand memotong kemaluannya sendiri selepas mabuk ganja.

Lelaki itu ketagih ganja selama dua tahun sebelum akhirnya memutuskan untuk berhenti memakannya seperti yang dilaporkan oleh Sputnik News.

Tiga bulan selepas berhenti, lelaki itu kembali mengambil ganja sebanyak dua gram dan selepas dua jam, lelaki itu mengalami ereksi dan kemaluannya terasa amat sakit.

Untuk melegakan kesakitannya, lelaki itu memutuskan untuk memotong kemaluannya sendiri menggunakan gunting.

Selepas memotong kemaluannya, lelaki itu mengalami pendarahan selama dua jam dan dia terus dikejarkan ke hospital.

Doktor yang merawat lelaki itu melaporkan bahawa kemaluan lelaki itu hanya tinggal dua sentimeter, menjadikannya mustahil untuk menyelamatkan kemaluan lelaki itu.

“Diagnosis psikosis akibat ganja kerana gejala bermula selepas pesakit menggunakan ganja, tanpa bukti penyalahgunaan bahan lain.

“Secara ringkasnya, psikosis yang disebabkan oleh ganja adalah kesan buruk ganja, yang boleh menyebabkan gangguan dalam penilaian dan boleh mencederakan diri yang tidak dijangka,” katanya. SM

Lelaki lalok potong kemaluan sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker