Kereta bawa ketum terbabas, langgar pokok

Kereta bawa ketum terbabas, langgar pokok

KUBANG PASU: Tindakan seorang penyeludup ketum cuba melarikan diri dengan memecut laju kereta dipandunya tidak berjaya apabila kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar pokok di Kampung Kubang Tiga, Chuping, Perlis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kereta jenis Proton Wira dipandu suspek pada awalnya dikesan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Kilometer 25, Jalan Alor Setar menuju ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 1.15 pagi.



“Sebaik sahaja melihat kenderaan suspek yang dipandu dalam keadaan mencurigakan, polis mengarahkannya untuk berhenti bagi diperiksa. Namun arahan itu tidak diendahkan.

“Sebaliknya suspek bertindak memecut laju menyebabkan anggota trafik mengekori kenderaan tersebut sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pokok,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati terdapat 35 plastik hitam mengandungi plastik lutsinar di dalamnya.

“Kesemua plastik hitam itu mengandungi daun hijau disyaki ketum dengan beratnya dianggarkan 350 kilogram (kg),” katanya.



Menurutnya, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dengan kes tersebut kini disiasat oleh pegawai penyiasat Narkotik IPD itu di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Ujian urin mendapati pemandu kereta tersebut positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya. Utusan

Kereta bawa ketum terbabas, langgar pokok


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker