‘Apa dia sokongan bersyarat itu’, Ahmad Maslan soal Wan Saiful

‘Apa dia sokongan bersyarat itu’, Ahmad Maslan soal Wan Saiful

Sokongan bersyarat Bersatu kepada Perdana Menteri seperti yang diumumkan pemimpin parti itu baru-baru ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat, kata Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, kenyataan itu bersifat ugutan yang dilihat hanya untuk mempertahankan Bersatu.

“Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu…jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful apa dia sokongan bersyarat itu?



“Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini.

“Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga PAS dan Bersatu mungkin itu antara syarat-syarat,” katanya, menurut laporan Umno Online.

Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, Rabu lalu bahawa sokongan parti itu kepada Ismail adalah bersyarat, di sebalik pertelingkahan dengan Umno berhubung pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Wan Saiful mengingatkan bahawa “Ismail menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan Umno”.



Mengulas mengenai PRN Johor yang menjadi pertikaian, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata, isu tersebut tidak timbul kerana ia sudah mendapat perkenan Sultan Johor.

“Oleh kerana perkenan telah diperoleh, saya ingin nasihatkan Bersatu, PAS dan lain-lain jangan mempertikaikan PRN ini,” katanya. FMT

‘Apa dia sokongan bersyarat itu’, Ahmad Maslan soal Wan Saiful


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker