Seorang maut, 4 cedera selepas dirempuh kereta (Video)
Seorang maut, 4 cedera selepas dirempuh kereta (Video)
TINDAKAN seorang pemandu wanita seolah-olah dengan sengaja merempuh beberapa buah motosikal dalam satu kejadian di Kota Medan, Indonesia Selasa lalu sehingga mengorbankan satu nyawa tular di negara itu semalam.
Dalam kejadian di Jalan Karya Jaya, Medan itu, kemalangan itu disyaki berpunca daripada kesilapan pemandu wanita itu sendiri.
Memetik laporan beberapa media Indonesia, Jurucakap Polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi mengatakan, pemandu kereta itu Fauziah Nasution tidak pandai memandu kereta jenis automatik.
“Kereta yang dipandu jenis automatic, dia (Fauziah) biasanya menggunakan yang manual,” kata Hadi semalam memetik laporan sumut.inews.id.
Baca artikel berkaitan: Pencuri dibelasah tuan rumah selepas tersangkut di jendela ketika cuba melarikan diri
Hadi berkata, pemandu Suzuki Vitara itu masih dalam keadaan terkejut selepas terbabit dalam kemalangan itu.
Semalam tular satu rakaman kamera litar tertutup sebuah kenderaan secara tiba-tiba melanggar beberapa buah motosikal yang berada di hadapannya.
Akibat rempuhan itu, sekurang-kurangnya empat yang lain turut dilaporkan cedera selepas kereta itu hilang kawalan. Utv
Seorang maut, 4 cedera selepas dirempuh kereta (Video)
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET