Kerajaan sedia geran RM19.2 juta PSK tahun ini – PM
Kerajaan sedia geran RM19.2 juta PSK tahun ini – PM
KERAJAAN menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM19.2 juta kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat, tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu sejajar dengan prinsip keterangkuman Keluarga Malaysia bagi memastikan tiada mana-mana golongan terpinggir.
“Kita memang beri kepada Orang Kurang Upaya (OKU), pusat OKU, warga emas dan pusat-pusat jagaan yang lain.
“Untuk kanak-kanak istimewa atau warga emas yang tidak tinggal di pusat jagaan, kerajaan juga bagi bantuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan, hari ini.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Bantuan dalam bentuk Geran Rangsum (makan minum), Geran Pentadbiran, Elaun Khas Murid OKU, Geran Perkapita dan Geran Pembaikan itu bertujuan menampung sebahagian kos ditanggung PSK.
Semasa sesi lawatan itu, perdana menteri turut menyerahkan sumbangan ‘ang pau’ dan pek makanan kepada para penghuni di pusat berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.
Sementara itu, Rina Harun berkata kerajaan telah menyalurkan bantuan khas kepada 1,225 pusat jagaan OKU dan warga emas yang terjejas berikutan penularan COVID-19.
“Pusat-pusat ini mengadu kurangnya bantuan daripada syarikat-syarikat korporat ketika COVID-19.
“Untuk 2022 ini, kita teruskan bantuan-bantuan ini selain bantuan langsung,” katanya. Utv
Kerajaan sedia geran RM19.2 juta PSK tahun ini – PM
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.