Biarkan cucu duduk di belakang Hilux, atuk ditahan

Biarkan cucu duduk di belakang Hilux, atuk ditahan

Seorang datuk ditahan polis selepas membiarkan dua cucu perempuannya yang masih kecil berada di ruang belakang pikap dipandunya tanpa pengawasan.

Penahanan itu dibuat susulan video yang tular di Facebook, sejak semalam, sehingga mencetuskan kerisauan ramai.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu, menerima video rakaman itu, semalam, pada jam 2.26 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di lampu isyarat simpang tiga Jalan Jitra, berhampiran Balai Polis Jitra Lama.

Bertindak atas maklumat, Rodzi berkata, pada pukul 3 petang sepasukan anggota BSPT Kubang Pasu berjaya mengesan suspek berusia 65 tahun, di Kampung Kota Mengkuang, Mukim Wang Tepus.

“Hasil siasatan terhadap suspek ialah datuk kepada dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun yang mengaku memandu kenderaan sambil membiarkan kedua-dua cucunya duduk di belakang pikap tanpa pengawasan dan hanya sekadar suka-suka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Bagaimanapun, lelaki warga emas itu dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

Dalam pada itu, Rodzi menyeru ibu bapa atau penjaga supaya mengambil iktibar daripada kejadian itu supaya lebih bertanggungjawab dengan keselamatan kanak-kanak serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Pihak IPD Kubang Pasu juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah di sekitar daerah Kubang Pasu dapat menyalurkan maklumat di talian Hotline IPD Kubang Pasu 04-9172222,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan sebuah Toyota Hilux berwarna hitam, membawa dua kanak-kanak di ruang belakang pikap tidak bertutup dan tanpa pengawasan orang dewasa. FMT

Biarkan cucu duduk di belakang Hilux, atuk ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker