Tiada keperluan PRN Kedah – Tok Mat

Tiada keperluan PRN Kedah – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan tiada keperluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah diadakan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, PRN Melaka dan PRN Johor tidak boleh dibuat perbandingan kerana terdapat keperluan PRN diadakan di negeri terbabit.

“Saya tidak tahu situasi di Kedah. Saya di ibu pejabat. Jika ada apa-apa berlaku di Kedah jangan salahkan saya, tetapi buat masa ini saya tidak dengar apa-apa cerita dan bagi saya tidak ada keperluan pun (PRN Kedah).

“Pilihan raya bukan perkara main-main. Ini bukan perkara yanng boleh saja-saja kita buat melainkan ada keperluan yang betul-betul memerlukan kita mengadakan pilihan raya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di ibu negara pagi ini.

Terdahulu, Mohamad yang dilantik sebagai Pengarah PRN Johor berkata, PRN Melaka diadakan pada November tahun lalu disebabkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.

Kata beliau, keadaan itu menyebabkan kerajaan BN dan Ketua Menteri Melaka kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), maka mahu tidak mahu DUN Melaka terpaksa dibubarkan untuk diadakan PRN.

Ujar beliau, PRN Johor pula perlu diadakan kerana situasi politik di negeri itu menjadi genting selepas kerajaan negeri cuma tinggal satu kerusi majoriti sehingga sukar untuk meluluskan usul yang dibentang di DUN Johor.

“Sebelum ini seorang ADUN BN tidak hadir persidangan DUN Johor kerana positif Covid-19 dan hampir-hampir usul dalam dewan tidak dapat diluluskan sehingga terpaksa menggunakan undi speaker DUN.

“Keadaan ini tidak boleh berlarutan. Kerajaan tidak boleh sentiasa diugut. Menteri Besar Johor tidak boleh sentiasa dibawah ancaman tarik diri oleh pihak berkenaan.

“Menteri Besar Johor membentangkan perkara itu kepada Ibu Pejabat UMNO. Kami teliti dan dapati ada justifikasi untuk DUN Johor dibubarkan dan kemudian diperkenan Tuanku Sultan Johor.

“Jadi ‘pemberatnya’ ada kerana kita tidak mahu kerajaan yang sentiasa diugut dan diancam orang yang hendak tekan butang. Bukan kita yang hendak tekan butang, orang lain yang hendak tekan butang. Sekarang apabila kita tekan butang dia marah,” katanya.

Tambah beliau, PRN Johor perlu diadakan supaya keadaan politik di Johor aman kerana Johor merupakan sebuah negeri yang besar dan menjadi destinasi pelabur.

Jelas beliau, jika pelabur tidak datang ke Johor akan turut memberi impak masalah ekonomi kepada negara.

Mengulas isu berkaitan, katanya, BN masih belum memutuskan tentang pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen untuk PRN Johor.

“Saya dan rakan-rakan akan berbincang strategi dan taktikal untuk hadapi PRN Johor. PRN ini penting dah tidak semudah disangka.

“Saya tidak mahu jentera BN ambil mudah kerana terbawa-bawa sentimen menang selesa di Melaka, maka kita menang selesa di Johor. Itu satu tanggapan yang salah

“Strategi untuk hadapi PRN Johor ini perlu disusun dengan baik,” katanya. K Online

Tiada keperluan PRN Kedah – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker