Suami isteri hilang 2 hari ditemui di kubur

Suami isteri hilang 2 hari ditemui di kubur

BEAUFORT: Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas meninjau tanah yang dijual di Kampung Ulu Binsulok, Membakut, Sabtu lalu, ditemui selamat, hari ini.

Mangsa, Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya, Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, ditemui orang awam di tanah perkuburan Kampung Pimping jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu yang menemui pasangan suami isteri terbabit.

“Jarak mangsa ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang,” katanya kepada BH, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pasangan terbabit dipercayai tersesat ketika meninjau kawasan tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok sebelum ditemui di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut.

“Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke Pondok Polis Komuniti (PPK) Binsulok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, pasangan terbabit dilaporkan hilang apabila tidak kembali ke rumah selama dua hari selepas meninjau tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok, Membakut.

Pasangan terbabit dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, pada jam 9 pagi, Sabtu lalu. BH

Suami isteri hilang 2 hari ditemui di kubur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker