Resepi Kek Keju KitKat Tanpa Bakar Lazat
Resepi Kek Keju KitKat Tanpa Bakar Lazat
ORANG zaman sekarang segalanya mahu cepat dan mudah termasuk dalam memasak apa jua sajian.
Resepi yang tidak perlu terlalu banyak ramuan memang antara yang menjadi tarikan.
Jika mahu buat kek pula, kalau boleh tidak mahu dibakar. Bukan apa, mahu panaskan ketuhar satu hal. Perkara yang paling ditakuti terutama kepada yang masih amatur di dapur adalah takut kek hangus!
Hasil perkongsian https://food.ndtv.com menemukan kek keju KitKat tanpa bakar.
Laman web itu memetik resipi yang dimuat naik di Instagram oleh penulis blog makanan dan pembuat roti yang berpangkalan di London, United Kingdom, Eloise Head.
Resepi Head dikatakan menjadi viral sekelip mata kerana mereka yang tak pandai memasak pun, boleh membuat kek tersebut dengan jayanya.
Dongsikan resepi oleh penulis blog berkenaan. Kalau ada kelapangan hari ini atau cuti Tahun Baharu Cina ini, apa kata luangkan masa untuk membuatnya.
BAHAN-BAHAN
Kek dasar:
350 gram biskut penghadam (dihancurkan)
160 gram mentega tanpa garam (dicairkan)
32 jejari KitKat
Kek keju:
500 gram krim keju
120 gram gula aising
480 mililiter krim pekat (disejukkan)
Hiasan:
100 mililiter krim pekat (dipanaskan)
100g coklat gelap/cip coklat
6 jejari Kitkat (ditumbuk)
Cara penyediaan:
1. Gunakan loyang 8 inci dan susun jejari KitKat di setiap sisi.
2. Kacau biskut yang telah dihancurkan dan bubuh mentega ke dalam mangkuk.
3. Kemudian, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan adunan.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam peti sejuk.
5. Selepas itu, kacau krim pekat di dalam mangkuk sehingga menjadi lembut dan cair .
6. Dalam mangkuk yang lain, gaulkan gula aising dan keju krim sehingga rata dan campurkan bersama krim pekat tadi.
7. Letakkan adunan ke atas lapisan kek tadi dan sejukkan selama lima jam.
8. Untuk topping pula, tuangkan krim pekat yang telah dipanaskan ke atas cip coklat supaya cair.
9. Selepas disapu rata, tuang bahagian atas kek keju dan sejukkan selama dua jam lagi.
6. Setelah itu, taburkan jejari Kitkat yang telah dihancurkan ke atas kek dan boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga!
Resepi Kek Keju KitKat Tanpa Bakar Lazat
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.