Lima ‘Superman’ ditahan di LPT2
Lima ‘Superman’ ditahan di LPT2
KUALA TERENGGANU: Lima lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ dalam Op Samseng Jalanan di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Dungun, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang.
Katanya, pemeriksaan mendapati empat daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu di samping ujian saringan air kencing yang negatif.
“Aksi ‘Superman’ itu amat berbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain.
“Kesemua mereka bersama motosikal dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Terengganu bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Ismail, seorang daripada lima lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana mengubah suai nombor pendaftaran. Utusan
Lima ‘Superman’ ditahan di LPT2
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?