TMJ cetak baju #TanganGhaib, siapa nak boleh DM
TMJ cetak baju #TanganGhaib, siapa nak boleh DM
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mencetak baju-T yang memaparkan lakaran dan tulisan ‘#TanganGhaib’.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan perkara itu menerusi ruangan InstaStory akaun Instagram miliknya, malam tadi.
“Baju-T baharu saya dicetak esok. Siapa nak DM. Boleh didapati di JDT Online Store tidak lama lagi! Nantikan,” tulis TMJ pada ruangan InstaStory beserta gambar lakaran baju-T berkenaan.
Menurut laporan Berita Harian, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu benar-benar akan dilakukan atau sekadar gurauan daripada TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Namun, ia dipercayai berpunca daripada segelintir pihak yang membuat spekulasi dengan mengaitkan beliau sebagai “tangan ghaib” dalam FAM dan pasukan kebangsaan terutama selepas kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020.
Sebelum ini, dalam satu temu bual, TMJ menafikan beliau tangan ghaib yang dimaksudkan sesetengah pihak sambil menganggap spekulasi itu dibuat oleh individu tertentu sebagai alasan untuk melepaskan diri masing-masing.
“Isu tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang mahu lepaskan tangan atau selamatkan kepala masing-masing. Kegagalan perancangan, kegagalan jurulatih untuk ada hubungan yang telus dengan media dan penyokong.
“Ini semua ada tangan ghaib, senang sahaja, saya sebagai kambing hitam sedangkan saya tiada kaitan pun dengan benda ini. Mungkin mahu selamatkan diri masing-masing, jadi mainkan persepsi seolah-olah TMJ kawal segala-galanya.
“Kalau nak katakan (JDT enggan lepaskan pemain), berapa ramai pemain JDT ke Jordan. Kesebelasan utama dan juga pemain simpanan kerana saya sentiasa menolong skuad kebangsaan. Kita ada persefahaman dengan semua pasukan dalam negara untuk bantu skuad kebangsaan.
“Sebab itulah saya katakan jurulatih dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena lebih telus kerana kalau tidak, akan keluar persepsi macam macam orang kata saya kawal semuanya,” kata Tunku Ismail.
FMT
TMJ cetak baju #TanganGhaib, siapa nak boleh DM
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?