SPRM panggil saksi, siasat pegawai kerajaan, 1MDB, disogok bekas pegawai Goldman Sachs

SPRM panggil saksi, siasat pegawai kerajaan, 1MDB, disogok bekas pegawai Goldman Sachs

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa saksi berhubung siasatannya ke atas pegawai kerajaan dan 1MDB yang didakwa menerima sogokan daripada Goldman Sachs.

Menurut sumber, SPRM juga dalam proses mendapatkan dokumen berkenaan daripada agensi penguatkuasaan antarabangsa yang terlibat.

“Kes (ini) masih lagi di dalam peringkat siasatan,” kata sumber itu kepada FMT.

Siasatan itu susulan pengakuan bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner pada 2018 bahawa beliau telah merasuah pegawai kerajaan dan 1MDB.

Leissner mengaku bersalah di mahkamah New York atas tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah bagi peranannya dalam skim menyeleweng sebahagian besar daripada USD6.5 bilion yang diperoleh untuk 1MDB.

Bagaimanapun, senarai nama yang didakwa menerima sogokan itu tidak didedahkan.

Goldman Sachs kemudiannya bersetuju membayar USD3.9 bilion (RM16.4 bilion) kepada Malaysia dalam perjanjian penyelesaian untuk peranannya dalam skandal itu.

Oktober lalu, bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan kepada SPRM bagi membolehkan pihak berkuasa menyoal Leissner atau memohon untuk beliau diekstradisi ke Malaysia.

Najib turut menggesa pihak berkuasa negara ini untuk mendapatkan senarai nama mereka yang disogok oleh Leissner.

Sumber itu berkata SPRM masih menjalankan siasatan berhubung individu yang menerima sogokan daripada skandal 1MDB tetapi belum di bawa ke muka pengadilan. FMT

SPRM panggil saksi, siasat pegawai kerajaan, 1MDB, disogok bekas pegawai Goldman Sachs


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker