Korea Utara lancar misil paling berkuasa sejak 2017

ORANG ramai menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman ujian peluru berpandu Korea Utara di stesen kereta api Seoul. – AFP

SEOUL, Korea Selatan – Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu paling berkuasanya sejak 2017 semalam sekali gus pelancaran ketujuh bulan ini, manakala Seoul memberi amaran bahawa Pyongyang mungkin melancarkan ujian misil nuklear atau jarak jauh selepas ini.

Pyongyang tidak pernah melancarkan sebegitu banyak peluru berpandu dalam masa sebulan dan pada minggu lalu pula, ia mengugut membatalkan moratorium kendiri untuk tidak menguji senjata nuklear atau peluru berpandu jarak jauh yang dipatuhi sejak hampir lima tahun lalu.

“Korea Utara hampir memusnahkan deklarasi moratoriumnya sendiri,” kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara di Seoul.

Tentera Korea Selatan menyatakan semalam bahawa pihaknya mengesan sebuah peluru berpandu jarak pertengahan yang dilancarkan ke arah timur dan jatuh di Laut Timur.

Peluru berpandu balistik semalam dianggarkan mencapai ketinggian 2,000 kilometer dan terbang sejauh 800 kilometer dalam masa setengah jam, kata Ketua Staf-Staf Bersama Korea Selatan jeneral Nam Yeong-shin di Seoul.

“Ini menunjukkan Pyongyang mungkin melakukan ujian peluru berpandu balistik jarak sederhananya (IRBM) yang pertama sejak 2017,” kata penganalisis Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Joseph Dempsey di Twitter.

Kali terakhir Pyongyang menguji peluru berpandu serupa adalah pada 2017 apabila misil Hwasong-12 terbang sejauh 787 kilometer dan mencapai altitud lebih 2,111 kilometer.

Pyongyang telah menguji peluru berpandu hipersonik sebanyak dua kali pada bulan ini selaon melancarkan empat peluru berpandu jarak dekat dan kruz. – AFP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker