Permit import ayam dibuka kepada pasar raya besar untuk turunkan harga – PM

Permit import ayam dibuka kepada pasar raya besar untuk turunkan harga – PM

Permit import (AP) bagi mengimport ayam bulat kini dibuka kepada pengusaha pasar raya besar, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebelum ini AP hanya hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

“Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan sekarang menjadi RM8.90 manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

“Pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Feb sehingga 5 Jun ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pada 9 Jan lalu, ketua sebuah rangkaian pasar raya besar tempatan menggesa kerajaan supaya mengamalkan ketelusan dalam pemberian AP bagi mengimport ayam seekor.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata, syarikatnya telah memohon AP untuk mengimport ayam seekor tetapi masih belum mendapat maklum balas.

Ismail berkata, kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM.

Katanya, kerajaan turut mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan
harga ayam dan telur.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, mesyuarat turut menggesa Kedai Harga Patut diaktifkan semula di seluruh negara selain menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan.

Beliau turut memaklumkan, permohonan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuka secara berperingkat mulai 28 Jan lalu. FMT

Permit import ayam dibuka kepada pasar raya besar untuk turunkan harga – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker