Perkara Yang Perlu Kita Tahu Tentang Perayaan Tahun Baharu Cina
Perkara Yang Perlu Kita Tahu Tentang Perayaan Tahun Baharu Cina
WARNA merah, yee sang, tarian naga atau naga dan bunyi mercun antara hal yang sering diingati dan mencuri perhatian setiap kali tibanya perayaan Tahun Baharu Cina.
Selain menyambut ketibaan tahun baharu berdasarkan kalender Lunar, sambutan tersebut turut dikenali sebagai Festival Musim Bunga.
Menurut legenda, terdapat seekor raksasa bernama Nian yang gemar membuat kekacauan terhadap penduduk kampung sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan kemusnahan kawasan tempat tinggal.
Memetik perkongsian wendyyeoh1209.blogspot.com, makhluk jahat itu dipercayai tingal di dasar laut dan hanya akan muncul di daratan setiap kali menjelang musim bunga.
Disebabkan itu, penduduk setempat berusaha sedaya mungkin untuk menewaskan Nian sehinggalah mereka menemui kelemahan raksasa itu yang takut terhadap sebarang objek berwarna merah dan bunyi bising.
Orang kampung kemudian menghiasi rumah mereka dengan perhiasan berwarna merah, tanglung, kuplet termasuk melakukan acara pembakaran mercun.
Aktiviti tarian naga dan pukulan gendang yang kuat dilakukan demi menjamin keselamatan penduduk agar Nian tidak lagi mengganggu.
Sejak peristiwa tersebut, selain disebut sebagai Tahun Baharu Cina, ia juga dikenali sebagai ‘guo nian’ yang bermaksud menentang raksasa Nian.
Tidak hanya itu, terdapat beberapa fakta menarik lain mengenai perayaan yang diraikan oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia:
1. Keunikan nama
Perayaan tersebut pastinya menjadi satu acara wajib setiap tahun di kebanyakan negara Asia Tenggara dan memiliki nama penggilan berbeza.
Di Indonesia, ia dikenali sebaik Imlek atau Tahun Baru Imlek, Korea Selatan (Seollal), Vietnam (Tet) dan Mongolia (Tsagaan Sar).
2. Larangan buah pir atau cermin
Terdapat beberapa perkara larangan sewaktu menyambut perayaan tersebut. Salah satunya adalah tidak dibenarkan untuk memberi hadiah buah pir atau cermin.
Perkara berkenaan kerana buah pir berbunyi (li/lee) yang kedengaran seperti perpisahan atau melepaskan.
Cermin bukanlah hadiah terbaik untuk diberikan kerana ia dianggap sebagai penarik semangat jahat. Sifat cermin yang mudah pecah juga dianggap tidak baik dan sering dikaitkan perkara buruk.
3. Membakar colok
Sebelum menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina termasuk acara makan besar bersama keluarga dan membakar mercun, aktiviti membakar colok perlu dilakukan lebih awal.
Perkara ini dipercayai mengusir semangat jahat dan menghindari nasib buruk.
4. Penghargaan
Pada malam Tahun Baharu Cina, acara membakar wang kertas palsu dan cetakan emas sebagai penghargaan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Tradisi ini dipercayai akan membawa kesejahteraan, keuntungan dan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarga untuk menjalani kehidupan selepas kematian.
5. Larangan mandi, menyapu dan membuang sampah
Menurut kepercayaan, sesiapa tidak dibenarkan mandi pada hari menyambut Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, menyapu atau membuang sampah turut tidak dibenarkan sehingga hari kelima perayaan.
Perkara itu dikhuatiri akan menyebabkan kehilangan tuah dan tidak mendapat keberuntungan.
Itulah secara ringkasnya perkara yang sering dilakukan dan cuba dielakkan pada sambutan Tahun Baharu Cina.
Tidak hanya itu, sepanjang tempoh perayaan, setiap ahli keluarga dilarang sama sekali untuk mengeluarkan kata-kata kesat, berbalah atau menyebut perkataan ‘kematian’ dan ‘penyakit’.
Apa-apapun, diharap sambutan Tahun Baharu Cina lebih menceriakan semua!
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya dari Mykmu.net
Perkara Yang Perlu Kita Tahu Tentang Perayaan Tahun Baharu Cina
Selamat Tahun Baru Cina dari mykmu.net
Baca Artikel Menarik :
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?