Ayam atau telur wujud dahulu? Ini penjelasannya

Ayam atau telur wujud dahulu? Ini penjelasannya

Antara telur dan ayam, yang mana satu terlebih dahulu wujud. Itu antara pertikaian yang sudah lama bermain dalam fikiran manusia sejak berabad-abad lamanya.

Bagi merungkai persoalan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Allah SWT berfirman bahawa setiap makhluk termasuk haiwan diciptakan berpasang-pasangan justeru, yang diciptakan dahulu adalah ayam sebelum telur.

“Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, ‘Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasang supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah’,” katanya.

Katanya, Ibn Kathir pernah menyatakan bahawa semua mahkluk itu berpasangan iaitu langit dan bumi; malam dan siang; matahari dan bulan; laut dan darat; cahaya dan gelap; iman dan kafir; hidup dan mati; derita dan bahagia; syurga dan neraka; malah, setiap haiwan dan tumbuhan juga berpasangan.

Zulkifli berkata, keyakinan bahawa telur wujud sebelum ayam atau pertanyaan seumpama ini sebenarnya tidak bermanfaat sebagaimana yang dilakukan oleh ahli falsafah yang banyak merenung hakikat kehidupan dengan menggunakan logik akal sahaja.

Menurutnya, tidak ada manfaat untuk diperdebatkan mengenainya bahkan, fakta sains juga menguatkan lagi pendapat bahawa ayam yang diciptakan secara berpasangan dahulu, barulah wujudnya telur.

“Ayam lebih dahulu diciptakan daripada telur dan masalah ini disebut sebagai masalah fudhuliah, iaitu, tahu pun ia tidak bermanfaat, dan jahilnya ia tidak memudharatkan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu dan hikmah dalam memahami rahsia kehidupan yang luar biasa ini,” katanya. K Online

Ayam atau telur wujud


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker