Kerajaan akan lantik belia jadi senator – Ismail

Kerajaan akan lantik belia jadi senator – Ismail

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang belia akan dilantik sebagai senator di Dewan Negara.

Katanya, penyertaan belia dalam Dewan Negara akan menguatkan lagi suara generasi muda dalam negara, sekali gus membangunkan lagi golongan berkenaan.

“Saya berbincang dengan menteri belia dan sukan, melihat kepada pentingnya belia kepada negara. Suara belia pasti didengari kerajaan, pandangan belia pasti dihargai kerajaan, belia adalah masa depan negara.

“Sehubungan itu, untuk mendengar suara belia, pandangan belia, maka saya mengumumkan untuk melantik seorang senator daripada kalangan belia di negara kita,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Belia Negara.

Sementara itu, Ismail mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta untuk pertubuhan belia bagi menjalankan aktiviti mereka.

“Saya dimaklumkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan), dari segi pentadbiran telah memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada MBM (Majlis Belia Malaysia).

“Untuk itu, saya umumkan tambahan peruntukan RM1 juta lagi untuk dikongsi bersama dengan pertubuhan belia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3% bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9% dalam tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu, katanya, menjadikan bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini seramai 585,000 orang berbanding 627,000 orang bagi tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah ini dijangka terus menurun, sekiranya kita mengambil tahu dan mengambil peduli pelbagai inisiatif serta program yang tersedia untuk belia-belia,” katanya. FMT

Kerajaan akan lantik belia jadi senator – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker