Abah sebagai ‘Poster Boy’, isyarat PN bakal lingkup

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu melihat lebih jauh berbanding imej Pengerusinya Muhyiddin Yassin sebagai “poster boy” pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang sekiranya gabungan itu mahu melancarkan cabaran besar, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) dan Azmi Hassan, felo kanan penyelidikan strategik Akademi Nusantara, berkata PN berisiko untuk mengulangi kekalahan yang memalukan pada PRN Melaka sekiranya ia mengguna pakai strategi sama di Johor.

Pada PRN Melaka Nov lalu, lawan PN mengatakan bahawa imej Muhyiddin ditampal di seluruh negeri berbanding imej calon PN.



Bagaimanapun, Koordinator pilihan raya PN Melaka Badrul Hisham Shaharin, berkata gabungan itu bangga dengan pencapaian Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.

Awang Azman Pawi.

Namun, Azmi berkata prestasi buruk PN di Melaka yang hanya memenangi dua kerusi, adalah bukti bahawa Muhyiddin tidak boleh menjadi daya penarik, walaupun di Johor di mana beliau pernah menjadi Menteri Besar.

Katanya, keputusan Muhyddin untuk menarik diri daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gambir juga menunjukkan dirinya kurang yakin biarpun dikatakan “sinonim di Johor”

“Mereka tidak mempunyai pilihan kerana pada dasarnya Muhyiddin menang kerusi Gambir pada 2018 adalah kerana penyokong Pakatan Harapan (PH). Dan sekurang-kurangnya terdapat 30% pengundi Cina jadi Muhyiddin tahu beliau tidak akan dapat undi mereka,” kata Azmi.



Azmi Hassan.

“Jika anda tidak pertahan kerusi dan anda adalah Pengerusi PN dan Presiden Bersatu, ia bukanlah langkah strategik. Ia lebih kepada tangan Bersatu yang terikat. Mereka sebenarnya mengibarkan bendera putih walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan tarikh pilihan raya.

“Lebih memburukkan keadaan, PAS, yang berada dalam PN, nampaknya cuba bekerjasama dengan Umno. Jadi ini tidak baik untuk Bersatu,” kata Azmi.

Awang Azman berkata adalah penting untuk Bersatu mengubah strategi mereka di Johor sekiranya mahu melancarkan cabaran besar. PN harus meletakkan barisan pemimpin muda dan berkebolehan untuk memimpin negeri.

Gabungan itu mesti mengumumkan calon Menteri Besar lebih awal, dan bukannya lewat seperti di Melaka.



Tambahnya, tindakan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan kerusinya di Gambir adalah langkah bijak kerana beliau boleh mengelakkan kekalahan yang memalukan, sebagai bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Besar dan Presiden Bersatu.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker