Saintis dakwa varian Covid-19 NeoCov lebih membawa maut

BEIJING – Sekumpulan saintis dari China memberi amaran berkenaan varian terbaharu Covid-19 dinamakan NeoCov yang dikatakan lebih membawa maut dan memiliki  kadar jangkitan yang lebih tinggi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut agensi berita Rusia, Sputnik, dan diterbitkan oleh beberapa agensi media lain, varian NeoCov ditemui di Afrika Selatan dan didakwa berkaitan dengan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).

Bagaimanapun, NeoCov bukanlah baharu sepenuhnya kerana ia dikaitkan dengan virus MERS-CoV dengan wabaknya sebelum ini ditemui di negara-negara Asia Barat pada 2012 dan 2015.

Penyelidik-penyelidik China menganggarkan kadar kematian dengan menyatakan bahawa satu daripada setiap tiga orang yang dijangkiti akan mati, iaitu pada kadar yang lebih tinggi berbanding Covid-19 semasa.

Menerusi analisis kajian, kecenderungan NeoCov dilihat serupa dengan Sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menyebabkan Covid-19 pada manusia. Menurut mereka, NeoCov turut ditemui dalam populasi kelawar.

Dalam pada itu, satu kajian yang belum disahkan dan diterbitkan di laman web bioRxiv menyebut bahawa NeoCov dan virus terdekatnya, PDF-2180-CoV boleh menjangkiti manusia.

Selepas taklimat mengenai NeoCov diadakan, pakar-pakar dari Pusat Penyelidikan Virologi dan Bioteknologi Rusia telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu.

“Pusat penyelidikan Vektor mengetahui berkenaan data yang diperoleh oleh penyelidik dari China mengenai NeoCov.

“Dalam kajian ini, kami secara tidak sengaja mendapati NeoCov dan PDF-2180-CoV boleh menggunakan beberapa jenis enzim penukar Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) daripada kelawar atau manusia untuk merebak,’’ jelas kenyataan tersebut.

Pakar-pakar telah memberi amaran berkenaan risiko jangkitan dengan menyebut bahawa penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti tahap imunisasi yang diperlukan untuk menangani virus tersebut.

Tambah mereka, lebih banyak maklumat dan input turut diperlukan untuk mewujudkan laporan konkrit mengenai NeoCov- Agensi

Saintis dakwa varian Covid-19 NeoCov lebih membawa maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker