Koleksi kereta Sultan Brunei lebih mahal dari kelab MU

Koleksi kereta Sultan Brunei lebih mahal dari kelab MU

Koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak, Manchester United.

Lapor Daily Star, Sultan Hassanal mempunyai koleksi kenderaan mewah bernilai empat bilion pound (RM22.57 bilion).



Red Devils yang merupakan antara skuad paling berharga di dunia pula dilaporkan bernilai sekitar 3.08 bilion pound (RM17.38 bilion).

Sultan Hassanal mempunyai sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley di garajnya.

Dilaporkan, Sultan Hassanal memiliki nilai kekayaan bersih sekitar 13 bilion pound (RM73.36 bilion).

Anak saudara Sultan Hassanal iaitu Faiq Bolkiah merupakan pemain bola sepak yang dianggap paling kaya di dunia.



Ads by Kiosked
Sebelum ini, Faiq, 23, pernah bermain untuk skuad Chelsea dan Leicester City.

Faiq baru-baru ini yang menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Chonburi, menjadi tular selepas menunjukkan aksi terbaik ketika menentang skuad Nongbua Pitchaya. Utusan

Koleksi kereta Sultan Brunei lebih mahal dari kelab MU


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker